Tuesday, December 1

.: petai :.

kelmarin, dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur..singgah sekejap dekat R&R Gombak kerana MIL mengirim lemang untuk di bawa pulang.. Jadi, kami pun berhenti lah di situ.. Tapi encik suami pergi melepaskan hajat dulu (tahan dari Highway Karak tu).. Sementara menunggu, melalui cermin pandang belakang ternampak la sorang brader ni..bawak superbike yang tayar gabak besar..siap ngn sut leather lagi (ala-ala motoGP racer gitu)..helmet full face kilat gila..complete la gaya seorang biker yang sangat macho.. I buat tak tahu je la, yela situ kan kawasan rehat..manalah tau dia nak kencing ke pe ke..

Beberapa minit kemudian urusan encik suami dah selesai (beli lemang, lepas hajat etc) dia pun masuk dalam kereta sambil tergelak-gelak.. Lepas tu dia tanya I nampak tak brader biker tu, I cakap nampak dan tanya dia balik kenapa..

Lepas tu, encik suami cakap...brader tu beli PETAI.. Oh..oh..patutkah I gelak bersama dengan encik suami..
Memang pun, sebab nampak brader tu sorok petai dalam jaket kulitnya..

p/s: Mungkinkah itu Valentino Rossi yang membeli petai itu kerana beliau tidak menanggalkan helmetnya kerana takut jatuh reputasinya..

p/s/s: sangat mengada-ngada menggunakan kata ganti diri I.

No comments: