Sunday, November 29

.: nak review drama sket :.

malam semalam, saya bersama suami menonton cekerama di saluran TV3 (ayat macam karangan BM SPM jer)...rumah saya di kampung xde astro ye kawan2.tajuknya kalau tak silap "Korban Kasih Marlisa", lebih kurang macam tu lah bunyinya..

Drama ni berkisar tentang percintaan Adam (Awal Ashaari) dengan Marlisa (Umie Aida) yang tak direstui oleh mak Adam sebab Marlisa ni lagi berumur dari Adam.Lagipun mak Adam dah berkenan dan janji nak jodohkan Adam dengan Noraina (Tiz Zaqyah). So, terputus la hubungan antara Adam dan Marlisa di tengah jalan. Dan Adam pun berkahwin dengan Aina. Tapi Adam tak cintakan Aina. Walaupun dah kahwin perasaan sayang tu masih xde sebab Adam ni konon cinta mati sama Marlisa. Kat Aina, Adam buat tak tahu je (kalau tengok memang nampak Adam tu langsung tak berperasaan dekat Aina) and bla..bla..bla..(drama Melayu, mesti korang boleh agak jalan ceritanya)

Tapi..yang peliknya dalam tak suka, tak cinta dan tak berperasaan kat Aina, termengandung jugak Aina tuh..macam mana tuh?!(tiba-tiba garu kepala).tu la kadang-kadang drama Melayu ni loose sangat jalan ceritanya. Cuba tengok siri Full House, diorang kahwin duduk serumah tapi tak termengandung pun Song Hye Kyo tu.

p/s: tak tahu sedang merepek apa..sebab kepala berat dan mengantuk

2 comments:

Tijah said...

kan? ada sesetengah drama lagi terok. dlm tak suka tu keluar 3 org anak teros...

Cik Puan Huda said...

kak jah,
agak2nya la kan time 'ehem2' tuh tibe2 die jadi ske kot hehehe..