Sunday, September 6

.: angkat dua ibu jari :.

malam tadi layankan movie UP (terbitan Disney ngan Pixar tu). Tengok cover luar (ye, saya hanya beli CD cetak rompak di pasar malam) memang akan ingat cerita ni sama macam animasi tipikal yang lain..Gelak-gelak sampai keluar air mata..Tapi bila dah tengok, nyaris2 lagi nak menangis..

Cerita ini lebih kepada kemanusiaan. Watak orang tua dalam movie ni, Mr. Fredricksen memang sayang gile kat mendiang isterinya sampai sanggup tunaikan hajat isterinya. Antara moral dari cerita ini ialah :-

~ Cinta sampai mati (walaupun wife Mr. Fredricksen tak dapat lahirkan anak. Kalau jejantan kat Mesia ni silap2 dah jadikan alasan nak kahwin lain)


~ Dah tua2 pun diorang still romantik2 lagi

~ Russsel, budak junior scout yang sengal2 ubi tapi berpegang pada janji



~Dug, anjing yang buleh bercakap melalui collar kat leher dia yang setia pada tuannya.


Dahla tengok sensorang movie nih, dalam gelap lak tu..(konon nak dapat feel wayang)..tu yang ter'extra' feeling.

p/s: Boleh ke encik suami tunaikan hajat saya yang tak tercapai.

~ mungkin orang lain pandangan mereka berbeza, tapi saya ni pemurah air mata...(Fasha Sandha pun kalah)

2 comments:

i.am.belle said...

belle dah tonton filem ni. MEMANG BEST.

angkat semua jari kaki dan tangan. sepuluh bintang sebab buat aku gelak dan terharu xD

Cik Puan Huda said...

belle,
sangat betul..cite katun cmni pun buleh nangis2..start2 cite da feel..music pun sempoi jer