Monday, March 13
Bertimpa-timpa dugaan datang
Sebelum-sebelum ni aku banyak dengar dan baca je kisah sedih orang. Tak sangka semalam jadi depan mata.
Kisahnya macam ni, petang semalam lepas zohor aku ajak Shawal makan kat kedai minang fav kitorang tu. Masa tengah berhenti kat traffic light, tiba-tiba datang motor laju dari belah kiri menyelit, kemain laju sampai terpeleot side mirror. Dan on the spot, motor tu tergolek depan kitorang. Shawal pe lagi, keluar-keluar kereta dia hamunnya budak-budak tu.
Tapi nak dijadikan cerita, dalam marah-marah tu Shawal tolong jugak la budak tu angkat motor dia. Budak tu pun aku tengok menggigil-gigil satu badan. Mujurlah dia pun tau salah dia, siap salam cium tangan. Lepas tu tengok dalam bakul motor ada barang-barang dapur. Pastu adalah sesi dialog pendek diorang.
Shawal: Kau laju-laju ni nak kemana?
Budak: Nak balik rumah bang, mak suruh cepat.
Shawal: Rumah kat mana?
Budak: Sekarang duduk kat dewan.
Shawal: Apsal duduk kat dewan?
Budak: Rumah ranap bang, kena hempap pokok durian.
Shawal: Dah tu nak balik macam mana ni, motor dah takleh gerak ni? Bapak kau ok tak?
Budak: Balik ni kena pukul la kot.
Bila dengar dia cakap macam tu, terus jatuh simpati. Tengok muka pun muka budak baik, masih ada adab. Mulanya memang nak hantar budak tu balik rumah, Masa tolak motor kat bengkel kat situ, ada pulak kawan bapak budak tu kat bengkel tu. (dah kawasan kampung, memang merata la orang kenal). Pakcik tu cakap takpelah biar dia hantar budak tu balik rumah. Sambil-sambil tu sempatlah Shawal bagi takzirah pendek.
Tapi yang bestnya, masa budak tu jatuh tergolek pakcik-pakcik kat kedai kopi tepi traffic light tu boleh tengok je. Cuba kalau kena langgar ke, mau berkerumun masing-masing nak tolong (tapi banyaknya tolong tengok jela). Ni disebabkan budak tu jatuh sendiri, maka takdelah isu hangat nak dibincangkan.
Malam tadi nak tidur pun terbayang lagi muka budak tu. Takpelah dik, akak doakan awak jadi manusia berguna bila dah besar nanti.
Friday, June 10
#misi30hariRamadhan
Assalamualaikum..
Selamat menyambut Ramdahan Al Mubarak (tak terlambat lagi kan kalau nak wish). Dah masuk hari ke-5 kita puasa hari ni. Dan aku dah 4 malam la berbuka sorang-sorang. Huhuhu..sebabnya tahun ni Shawal join kawan-kawan pejabat dai berniaga kat Bazar Ramadhan. So, dia akan hantar aku balik rumah dulu, dalam perjalanan balik tu singgah la mana-mana gerai yang berniaga beli la pape untuk berbuka. Tapi tengok tahun memang banyak sangat orang berniaga makanan/ minuman. Tahun lepas nak cari tempat jual kuih punyalah susah. Memang kena pergi bazar atau tempat-tempat yang biasa yang orang meniaga bila bulan puasa. Tahun ni kang kejap-kejap jumpa orang bukak payung meniaga juadah berbuka.
Kan dah panjang merepek, ok sambung balik. So, aku beli apa-apa untuk berbuka. Setakat ni alhamdulillah aku just beli satu jenis makanan je. Kuih-kuih pun takde rasa nak makan sangat. Minggu ni je berapa kali berbuka ngan laksa je. Nak makan nasi pun tak bernafsu sangat. Yang paling best dah 4 hari puasa, 4 hari jugaklah tak sentuh air manis..*tepuk bahu sendiri*..hebat sangat. Entah, memang takde keinginan langsung. Hari pertama puasa, Shawal bawak aku pi tempat dia berniaga. Tengok kiri kanan orang jual air, tapi tak heran. Kalau tak pantang tengok air kaler-kaler walhal tak sedap pun. Maka berbuka la dengan air kosong je..Semoga terus istiqamah ye.
Sahur pulak aku amalkan minum air nabeez (air rendaman kurma) yang tengah famous sekarang ni. Sajalah nak try, sebab cara dia mudah sangat nak buat. Sebab aku memang tak boleh makan benda-benda berat bila sahur lagi-lagi nasi, sebab nanti pukul 10.00 confirm perut akan sebu lepas tu angin naik ke kepala sampai boleh jadi migrain. Cara nak buat air nabees tu, amik apa-apa jenis kurma, tak kisahlah yang kering ke basah amik dalam jumlah yang ganjil 3,5,7 macam tu rendam semalaman. Rutin sahur aku buat masa sekarang ni, bangun subuh minum air kosong segelas telan Perlaking (terjebak jugak weyh) sesachet tu, rehat jap pastu minum air rendaman kurma tu. Setakat hari ni, formula berjaya. Memang takde rasa lapar dengan letih sangat. Masalah mengantuk je tak setel lagi. Shawal pulak mudah je, dia memang jenis tak reti sahur makan macam-macam ni. Dapat air kosong pun jadi, suruh makan kurma pun taknak (senang kerja aku hihihi..)
Dahla mengantuk tu datang ada time dia. Aku masuk keje pukul 7.30 elok segar lagi, kang menjelang pukul 9.00 dia punya mengantuk macamkan kau letak batu kat kelopak mata ni. Nak taknak memang terpaksa landing kepala jap, dapat 5 minit pun jadi janji ko pejam mata. Lepas tu sampai petang dia ok.
Tahun ni pun rezeki jugak dapat balik awal, sebelum ni bulan puasa waktu bekerja kat tempat aku ni 8.00-5.00. Tapi tahun ni JPA keluarkan pekeliling boleh pilih samada nak masuk 7.30-4.00 @ 8.00-4.30. Memandangkan Shawal pun berniaga, jomlah kita amik time 7.30-4.00.
Best jugak balik awal ni, tak berebut-rebut dengan orang lain. Sekarang kalau bulan puasa memang common orang akan balik 4.30. Aku sampai rumah, sempatlah buat keje-keje rumah takdela terkejar-kejar. Lagi pulak berbuka sorang-sorang. Semalam siap vakum/ mop lantai rumah pakej.
Tengok orang lain lauk sahur meriah, lauk berbuka lagi meriah. Tapi takpela, aku memang tahun niat nak bagi perut ni rehat. 11 bulan dok melantak macam-macam tak ingat dunia. Ni sebulan ni bagila rehat betul-betul. Puasa-puasa sebelum ni pun takde kata istilah rehatkan kalau dah time berbuka segala macam benda sumbat.
Itulah #misi30hariRamadhan saya. Dan semoga Ramadhan kali ini memberi seribu kebaikan untuk kita semua.
Amiinn..
Friday, February 5
My weekend at Kota Kinabalu part 2..
... sambung balik (dah basi sangat2 dah cerita ni) ...
Lepas beramazing race kat KLIA, akhirnya dapat naik flight on time. Perasaan macam tu macam mana? Biasa-biasa je kot walaupun ni baru kali kedua naik flight (1st time masa umur 13 tahun tu pun naik fokker je balik Tioman). Gayat tu takdela sangat, siap nak duduk tepi tingkap. Cuma sebelum melangkah masuk dalam kabin tu bacalah ayat kursi sikit.
Disebabkan flight awal pagi, seat memang tak penuh la. Adalah dalam 15 org je kot dalam flight tu. Flight attendant siap hulur sebakul kacang kat kitorang. Punyalah heaven, siap boleh pilih-pilih seat nak duduk mana. And this is my first time makan di atas awan..cehhh..dapatlah set breakfast nasi lemak. Ingat tak dulu ada sorang selebriti kutuk-kutuk nasi lemak MAS? Sekarang dah tak kot. Nasi lemak telur rebus sebelah siap ngan sambal udang lagi. Sambal dia pun sedap.
Masa take off dari KLIA memang tak nampak apa-apa pun, putih berasap je. Kan jerebu teruk masa tu. Flight was ok, cuma halfway tu ada gegaran sikit. Angin kuat kot..FA pun sweet2 je, yela penumpang tak ramai keje pun tak banyak. Tapi penumpang tak ramai pun, ada sorang ni (duduk depan seat kitorang) kang kejap-kejap panggil FA mintak bantal, pastu panggil lagi mintak selimut..Kang panggil lagi, mintak kopi, mintak kacang, mintak air kosong sampailah nak touch down..lepas dia, dia je..Mujurlah FAs dah dilatih nak mengadap karenah passenger yg macam-macam perangai ni. 10 kali kena panggil pun senyum je.
Touch down kt KK jam 11.00 tepat, Airport lak tepi pantai mmg cantik la view kan. Masa nak check out, kena lalu imigresen. Bagi IC kat kaunter, bagi pemilik IC semenanjung korang akan diberi satu slip (kalau ke oversea cop terus dlm passport). Slip tu macam pas kebenaran utk berada di Sabah dalam tempoh-tempoh yang dibenarkan. Slip tu jangan hilangkan pulak, sebab bila nak balik Semenanjung korang kena serah balik slip tu kat kaunter imigresen.
Selesai urusan imigresen, driver LGM Sabah dh tunggu kat luar. Semalamnya dah calling-calling ngan staf sana mintak tolong pick-up kitorang kat sana. Wah, feeling opiser sangat. Dia pun berpuan-puan ngan aku. Kalau dia tau sama gred mampus kena maki. Hahaha. Dari airport terus ke LIGS hantar barang, urusan tak sampai 5 minit pun. Sampaikan budak kontrak yang aku bawak dah blur-blur.."macam tu je kak?" Hah, mcm tu la..Setel hantar barang, mintak tlg driver hantarkan ke hotel. Asalnya dah book Hashtag12 boutiqe hotel kat Api-Api Commercial Centre, tapi driver tu mcm tak familliar sgt ngan hotel tu. Hotel baru kot, sbb tgk dalam website semua cantik lagi.
So, dia suggest ke Le Hotel. Kat sebelah bangunan Api-Api commercial centre tu je. Dah mmg rezeki kat situ, walk-in terus. Mujur ada bilik kosong. Rate 176MYR per night (superior), tapi kalau korang ni goverment staf boleh dapat lagi diskaun 10 ringgit. Kalau standard room murah lagi, dalam RM150++ (siap ada seaview) Bilik ok la, namapun bajet hotel. Walaupun interior dia cam pelik sikit. Pelik bukan pe, sinki betul-betul tepi katil. Tapi logik la jugak kan, kalau ko nak jerang air ke apa tak payahla kena masuk tandas. Almari pun takde, sekadar ada tempat untuk ko nak gantung-gantung baju jela.

![]() |
| Macam kertas resit je. Kalau nak selamat, simpanlah dalam purse. |

Subscribe to:
Posts (Atom)