Friday, June 10

#misi30hariRamadhan



Assalamualaikum..

Selamat menyambut Ramdahan Al Mubarak (tak terlambat lagi kan kalau nak wish). Dah masuk hari ke-5 kita puasa hari ni. Dan aku dah 4 malam la berbuka sorang-sorang. Huhuhu..sebabnya tahun ni Shawal join kawan-kawan pejabat dai berniaga kat Bazar Ramadhan. So, dia akan hantar aku balik rumah dulu, dalam perjalanan balik tu singgah la mana-mana gerai yang berniaga beli la pape untuk berbuka. Tapi tengok tahun memang banyak sangat orang berniaga makanan/ minuman. Tahun lepas nak cari tempat jual kuih punyalah susah. Memang kena pergi bazar atau tempat-tempat yang biasa yang orang meniaga bila bulan puasa. Tahun ni kang kejap-kejap jumpa orang bukak payung meniaga juadah berbuka.

Kan dah panjang merepek, ok sambung balik. So, aku beli apa-apa untuk berbuka. Setakat ni alhamdulillah aku just beli satu jenis makanan je. Kuih-kuih pun takde rasa nak makan sangat. Minggu ni je berapa kali berbuka ngan laksa je. Nak makan nasi pun tak bernafsu sangat. Yang paling best dah 4 hari puasa, 4 hari jugaklah tak sentuh air manis..*tepuk bahu sendiri*..hebat sangat. Entah, memang takde keinginan langsung. Hari pertama puasa, Shawal bawak aku pi tempat dia berniaga. Tengok kiri kanan orang jual air, tapi tak heran. Kalau tak pantang tengok air kaler-kaler walhal tak sedap pun. Maka berbuka la dengan air kosong je..Semoga terus istiqamah ye.

Sahur pulak aku amalkan minum air nabeez (air rendaman kurma) yang tengah famous sekarang ni. Sajalah nak try, sebab cara dia mudah sangat nak buat. Sebab aku memang tak boleh makan benda-benda berat bila sahur lagi-lagi nasi, sebab nanti pukul 10.00 confirm perut akan sebu lepas tu angin naik ke kepala sampai boleh jadi migrain. Cara nak buat air nabees tu, amik apa-apa jenis kurma, tak kisahlah yang kering ke basah amik dalam jumlah yang ganjil 3,5,7 macam tu rendam semalaman. Rutin sahur aku buat masa sekarang ni, bangun subuh minum air kosong segelas telan Perlaking (terjebak jugak weyh) sesachet tu, rehat jap pastu minum air rendaman kurma tu. Setakat hari ni, formula berjaya. Memang takde rasa lapar dengan letih sangat. Masalah mengantuk je tak setel lagi. Shawal pulak mudah je, dia memang jenis tak reti sahur makan macam-macam ni. Dapat air kosong pun jadi, suruh makan kurma pun taknak (senang kerja aku hihihi..)

Dahla mengantuk tu datang ada time dia. Aku masuk keje pukul 7.30 elok segar lagi, kang menjelang pukul 9.00 dia punya mengantuk macamkan kau letak batu kat kelopak mata ni. Nak taknak memang terpaksa landing kepala jap, dapat 5 minit pun jadi janji ko pejam mata. Lepas tu sampai petang dia ok.

Tahun ni pun rezeki jugak dapat balik awal, sebelum ni bulan puasa waktu bekerja kat tempat aku ni 8.00-5.00. Tapi tahun ni JPA keluarkan pekeliling boleh pilih samada nak masuk 7.30-4.00 @ 8.00-4.30. Memandangkan Shawal pun berniaga, jomlah kita amik time 7.30-4.00.

Best jugak balik awal ni, tak berebut-rebut dengan orang lain. Sekarang kalau bulan puasa memang common orang akan balik 4.30. Aku sampai rumah, sempatlah buat keje-keje rumah takdela terkejar-kejar. Lagi pulak berbuka sorang-sorang. Semalam siap vakum/ mop lantai rumah pakej.

Tengok orang lain lauk sahur meriah, lauk berbuka lagi meriah. Tapi takpela, aku memang tahun niat nak bagi perut ni rehat. 11 bulan dok melantak macam-macam tak ingat dunia. Ni sebulan ni bagila rehat betul-betul. Puasa-puasa sebelum ni pun takde kata istilah rehatkan kalau dah time berbuka segala macam benda sumbat.

Itulah #misi30hariRamadhan saya. Dan semoga Ramadhan kali ini memberi seribu kebaikan untuk kita semua.

Amiinn..

No comments: