Friday, February 5

My weekend at Kota Kinabalu part 2..

... sambung balik (dah basi sangat2 dah cerita ni) ...

Lepas beramazing race kat KLIA, akhirnya dapat naik flight on time. Perasaan macam tu macam mana? Biasa-biasa je kot walaupun ni baru kali kedua naik flight (1st time masa umur 13 tahun tu pun naik fokker je balik Tioman). Gayat tu takdela sangat, siap nak duduk tepi tingkap. Cuma sebelum melangkah masuk dalam kabin tu bacalah ayat kursi sikit.

Disebabkan flight awal pagi, seat memang tak penuh la. Adalah dalam 15 org je kot dalam flight tu. Flight attendant siap hulur sebakul kacang kat kitorang. Punyalah heaven, siap boleh pilih-pilih seat nak duduk mana. And this is my first time makan di atas awan..cehhh..dapatlah set breakfast nasi lemak. Ingat tak dulu ada sorang selebriti kutuk-kutuk nasi lemak MAS? Sekarang dah tak kot. Nasi lemak telur rebus sebelah siap ngan sambal udang lagi. Sambal dia pun sedap.

Masa take off dari KLIA memang tak nampak apa-apa pun, putih berasap je. Kan jerebu teruk masa tu. Flight was ok, cuma halfway tu ada gegaran sikit. Angin kuat kot..FA pun sweet2 je, yela penumpang tak ramai keje pun tak banyak. Tapi penumpang tak ramai pun, ada sorang ni (duduk depan seat kitorang) kang kejap-kejap panggil FA mintak bantal, pastu panggil lagi mintak selimut..Kang panggil lagi, mintak kopi, mintak kacang, mintak air kosong sampailah nak touch down..lepas dia, dia je..Mujurlah FAs dah dilatih nak mengadap karenah passenger yg macam-macam perangai ni. 10 kali kena panggil pun senyum je.

Touch down kt KK jam 11.00 tepat, Airport lak tepi pantai mmg cantik la view kan. Masa nak check out, kena lalu imigresen. Bagi IC kat kaunter, bagi pemilik IC semenanjung korang akan diberi satu slip (kalau ke oversea cop terus dlm passport). Slip tu macam pas kebenaran utk berada di Sabah dalam tempoh-tempoh yang dibenarkan. Slip tu jangan hilangkan pulak, sebab bila nak balik Semenanjung korang kena serah balik slip tu kat kaunter imigresen.

Macam kertas resit je. Kalau nak selamat, simpanlah dalam purse.


Selesai urusan imigresen, driver LGM Sabah dh tunggu kat luar. Semalamnya dah calling-calling ngan staf sana mintak tolong pick-up kitorang kat sana. Wah, feeling opiser sangat. Dia pun berpuan-puan ngan aku. Kalau dia tau sama gred mampus kena maki. Hahaha. Dari airport terus ke LIGS hantar barang, urusan tak sampai 5 minit pun. Sampaikan budak kontrak yang aku bawak dah blur-blur.."macam tu je kak?" Hah, mcm tu la..Setel hantar barang, mintak tlg driver hantarkan ke hotel. Asalnya dah book Hashtag12 boutiqe hotel kat Api-Api Commercial Centre, tapi driver tu mcm tak familliar sgt ngan hotel tu. Hotel baru kot, sbb tgk dalam website semua cantik lagi.

So, dia suggest ke Le Hotel. Kat sebelah bangunan Api-Api commercial centre tu je. Dah mmg rezeki kat situ, walk-in terus. Mujur ada bilik kosong. Rate 176MYR per night (superior), tapi kalau korang ni goverment staf boleh dapat lagi diskaun 10 ringgit. Kalau standard room murah lagi, dalam RM150++ (siap ada seaview) Bilik ok la, namapun bajet hotel. Walaupun interior dia cam pelik sikit. Pelik bukan pe, sinki betul-betul tepi katil. Tapi logik la jugak kan, kalau ko nak jerang air ke apa tak payahla kena masuk tandas. Almari pun takde, sekadar ada tempat untuk ko nak gantung-gantung baju jela.




Frosted glass tu boleh nampak katil, feeling sambil mandi boleh tengok TV la kononnya. Mujurla aku  sorang je,  Kalau pergi berpartner ngan orang lain memang tido hotel lain la jawabnya.

Sampai kat sini pukul 11.45pg. Boleh check-in paling awal pun pukul 12.30 tgh hari. Jadi sementara menunggu bilik siap marilah kita makan dulu. Staf Sabah tu hantar kitorang ke satu gerai makan ni, dekat je ngan hotel pun. Dia takleh nak join sekali sebab ada kerja kenduri kawin katanya. Aku order soto, yang sorang lagi order sup daging. Soto kalau kat semenanjung siap dengan bergedil, nasi impit kan? Kalau kat Sabah, soto is more to mihun sup. Cuma bihunnya kasar-kasar. Sambalnya pun lebih kepada macam sambal nasi ayam. 


Kat KK cerah sangat. Yelah, dah berapa lama semenanjung kelabu asap je dek jerebu. Sampai sana terang biji mata. Tengahari dia memang panas tapi sekali-sekala angin tiup memang sejuk. No wonder la dipanggil negeri bawah bayu.

Lepas makan check in kat bilik. Golek-golek jap. Budak kontrak yang sekali dgn aku tu orang Sabah, automatik dia jadi tour guide aku la hari tu. Kampung dia kat Ranau. Dalam sejam lebih perjalanan dari KK. Pantang aku tanya tempat ni, tempat tu semua dia nak ajak. Eksaited sangat tau aku first time jejak kaki ke Sabah. Ke Kundasang la, Ranau la. Tapi sudahnya satu tempat pun tak pergi sebab perut aku meragam. Serasi sungguh dgn toilet hotel. Asyik ulang-alik je.

Petang tu, lepas asar (kat sana Asar pukul 3.00 lebih) aku ajak budak Sabah tu jalan-jalan kat Pasar Filipin. Tak jauh pun. Turun pintu hotel jalan kaki dalam 5 minit dah sampai. Pasar Filipin ni sama macam attractions kat negeri-negeri lain, jual souvenir makanan tempatan cenggitu la. 

 View kat luar Pasar Filipin. Sepanjang- panjang pasar ni ada tukang jahit. Kalau nak alter baju seluar pegi je kat sini.


Dalam pasar, area jual souvenir. Dalam ni memang padat, lorong cukup-cukup untuk sorang jalan. Kalau badan saiz lori muatan berat macam aku ni, memang kena mengiring la kalau nak melintas orang-orang kat dalam ni.

Masa pergi ni tengah trend kat sana gelang mutiara ala-ala Pandora. Ada mahal ada yang murah. Tips nak shopping kat sini, kena rajin jalan dari ujung ke ujung. Kadang-kadang barang yang sama tapi harga memang jauh beza. Lagi satu, kebanyakan peniaga kat sini memang asal dari Filipina, jadi masa mintak tawar harga maybe dia akan mengutuk kita dalam bahasa Filipin. haha.. 

Kawasan pasar jual barang basah. Konsep kat sini sayur memang longgok-longgok macam tu je.

Kawasan pasar ni dibahagi kepada tiga, pasar basah, tempat jual souvenir ngan tempat jual makanan kering. Tengah-tengah tu ada medan selera. Lepas dah puas pusing, berhenti makan kat medan selera. Sini sama je macam kat Puduraya zaman dulu-dulu, peniaga akan panggil customer. Melambai-lambai la diorang suruh kita makan kat gerai diorang.


Dinner paling awal dalam hidup. Masa ni baru pukul 5 lebih kalau tak silap.

Betul la orang Sabah ni suka makan nasi. Set ayam penyet ni nasi dia boleh makan tiga orang. Lagi satu aku perasan kalau makan nasi diorang akan bagi limau kasturi tu. Gerai makan tengah hari tadi pun macam tu jugak.

Setel makan, balik bilik. Malam tu takde kemana pun. Golek sorang-sorang je dalam bilik. Esoknya bangun pagi pukul 6.00 terkejut tengok hari dah cerah sangat, kalau kat Semenanjung macam dah pukul 8.00. Turun breakfast, naik balik tido jap. Pukul 11.00 dah check-out. Bos aku suruh stay sampai Isnin, tapi nak declare buat keje pe lak kan ujung-ujung minggu. Pejabat pun tutup. 

Pantai Tanjung Aru, sebelah je ngan airport




Bye-bye Sabah. Ada rezeki kita jumpa lagi.

Flight balik pun ok smooth je. Cuma masa dah sampai KLIA masa nak touch down terlanggar air pocket. Melambung gak la dalam flight tu. Mujur tak membelahak. Dahla baru lepas makan. 


















Thursday, February 4

Avillion Admiral Cove, Port Dickson


Assalamualaikum

Selamat datang ke blog sendu hamba ini (kalau masih ada yang sudi baca). Last update Oktober 2015. Konon nak buat by part, feeling-feeling nak travelog. Takde maknanya, terbabas-babas dah ni.

Okey, sementara rajin dan sementara masih ingat jalan cerita. Marilah kita bercerita ye. Ni kisah hujung minggu yang lepas. Al-kisahnya macam ni, adik ipar abang Shawal (biras la kan) is getting married dengan orang PD. Dan family mertua abang Shawal memerlukan tempat untuk stay kat sana. Mungkin pernah cerita kot pasal lodge agensi tempat aku kerja. Agak-agak kalau nak cuti-cuti tepi pantai nak yang murah, mcm kitorang ni dapatlah rate murah. Satu malam, RM25.00 ikut gaji kakitangan. (orang luar pun boleh booking tapi mahal lagi lah). Itupun ada cas gst.

So, family belah sana pun gunakanlah privilege  yang kitorang dapat ni. Mula-mula nak book satu blok terus, tapi kalau dah jenis semua nak decide last minit tak dapat la booking satu blok. Dapat book few bilik je. Dan nak dijadikan cerita, orang yang buat tempahan (aku ngan Shawal la tu) kononnya perlu ada untuk confirmkan booking masa check-in. Yang ni dari dulu aku tak paham, padahal masa check in bukan ada bg IC ke, just sign nama je.

Bilik yang ada cukup-cukup untuk family belah sana katanya, sampaikan family Shawal sendiri kena tidur tempat lain. Abang Shawal book kat Primaland (sebelum ni namanya Tiara Beach Resort). Ni bukan nak jatuhkan mana-mana pihak, tapi seelok-eloknya elakkan la daripada stay kat sini kalau korang berholiday kat PD. Primaland ni konsep dia apartment yang dibeli oleh individu untuk disewakan. Pihak pengurusan yang akan uruskan. Kalau nasib baik dapatla korang apartment yang proper. Tapi abang ipar aku ni nasib dia jaranglah bernasib baik. Sewa apartment dua bilik dua bilik, tapi memang dapat apartment jela. Aircond pun dalam bilik je, yang dapat tido dalam bilik ok la. Yang kena tido luar, mau tak berdenting kepanasan. Dahla memang tengah musim panas sekarang. Kat PD lagi la berbahang. Lepas tu nak masuk waterpark dia, kena bayar lain plak. Semata-mata nak mandi kolam.

Bilik pun saiz cukup-cukup untuk letak katil je. 1st bedroom attached dengan bilik air. 2nd bedroom alahai, letak katil saiz queen bed pun dah penuh. Bilik air kat luar. Itu kalau sumbat aku Shawal kat mana kitorang nak bersiap (sebab selalunya memang aku yang akan mengalah).

Mula-mula memang nak duduk sekali je. Taknak la nak membuang duit macam tu je kan, pergi pun sebabkan untuk check in tu je semata-mata. Tapi bila google pasal Primaland ni banyak sangat komen negative dari yang positif, dan sebelum aku yang bad mood marilah kita cari tempat lain untuk stay. Keluar modal sikit pun takpela.

Seminggu sebelum tarikh kejadian, asyik la menggoogle hotel-hotel area Port Dickson yang dekat dengan rumah pengantin. Tiba-tiba hati berkenan kat Avillion Admiral Cove ni.

Kat PD, Avillion ni ada dua tempat. Satu Avillion je, yang ada waterchalet. Yang kitorang tido ni admiral cove, tempat orang-orang kaya parking bot ngan yatch.

Nak bagi tips sikit, kalau nak booking online jangan terus book melalui trivago ke, agoda ke,expedia ke. Sebab kadang-kadang kalau book terus melalui website hotel, korang boleh dapat harga yang sama murah atau lagi murah. Macam bilik yang aku tido ni, dapat rate RM266.00 nett (nett
sebab takde nak kena topup tax ke gst dan apa-apa cukai yang berkaitan). Harga asal bilik ni RM360, mmg jimat sangat-sangat la. (termasuk breakfast untuk 2 orang)

Mulanya nak book bilik yang paling murah, tapi kan minggu lepas  KL Isnin tu cuti Hari Wilayah memang tak dapat la. Semuanya sold out. Dah puas pikir puas google review guest yang penah datang situ, amik jela.

Hari Sabtu, check-in pukul 3 petang. Lobi mengadap laut,konsep open air tapi bila time cuaca macam sekarang ni memang berkuap la. Mujurlah staf kat kaunter reservation tu sangat-sangat efisien. Sebab apa aku cakap efisien, sebab masa kitorang nak check-in ada satu group dari company mana tah pun nak check in jugak. Huru-hara jugakla, tapi tak tunggu lama pun. Dalam 10 minit je kot pastu dah boleh masuk bilik.

Bilik premium. Ada 2 single bed/ king bed (upon request) dan 1 daybed. Bilik sangat spacious. Nak sumbat lagi 2-3 orang pun lepas.

Toilet pun luas, nak tido dalam toilet pun boleh. Tapi yang paling suka pintu nak masuk toilet ni ada cermin besar. satu badan boleh belek. Bilik ada pintu kaca tu tempat shower. Mana-mana hotel air memang sendu jela (tapi Harbour View Kuching puas hati, air shower macam mandi kat rumah)

Kesukaan kedua,tempat tea coffe maker ada sinki siap-siap. Tak payah nak masuk toilet nak jerang air. Bawah tu ada mini fridge.


View dari bilik kitorang, dapat tingkat atas sekali. No bilik 2809. Tapi panas sikit sebab mengadap matahari petang

Wardrobe. Iron dengan ironing board dah ada siap-siap dalam lemari tu. Dah tak payah request dengan housekeeping.

Toiletries. Semua ada , syampu, body wash, lotion, berus gigi, ubat gigi, cotton bud. Senang crite tak payah bawak dari rumah.

TV tu standard size hotel 32inci, tapi sebab bilik luas Nampak kecik je. Kesukaan ke-3, plug point merata-rata. Kat kepala katil pun ada, nak charge hp senang. Pastu takde nak berebut. Kalau tak silap nak dekat 10 kot plug point.

View kat dock lepas maghrib, nak feeling-feeling honeymoon. 




Tiga gambar last tu, hari esoknya lepas breakfast. Food spread dia biasa-biasa jela tapi banyak. (kalau bab food spread aku rasa Primula Beach Resort, Kuala Terengganu menang - untuk hotel yang aku pernah pegi la).Setakat nak repeat tiga empat kali makan tu takde masalah. Kitorang makan pun bertenang-tenang je sebab meja banyak. Guest pun tak stay lama sebab banyaknya yang datang dalam group, diorang je yang kena makan laju-laju.

Overall, puas hati stay kat sini. Kalau untuk honeymoon, nak release tension ke memang recommended sangat-sangat. Cuma bila balik tu je stress balik sebab jalan jam.