Saturday, July 19

Dalam dilema

Hari rabu lepas ada nota poslaju terselit dekat rumah. Mintak shawal amik dekat ppl sungai buloh. Lepas tangguh2 hari ni pi la amik sebab memang ada urusan kat luar pagi ni.



Termenung kejap. Aku rasa dah lama gila kot apply kat SPP ni. Kalau tak silap last update dalam sistem online diorang tahun 2011 ke 2012 macam tu la. Masa tu kan tengah berkobar-kobar nak berubah angin. Tapi takde panggilan pape pun. Sudahnya benda tu lupa macam tu je.

Tiba-tiba dapat surat ni. Termenung kejap. Nak pergi ke tak? Kalau nak pergi nak kena mintak salinan surat perkhidmatan kat HR tempat aku lak, which is sempat ke? Interview hari rabu. Paling cepat nak mintak dokumen-dokumen tu semua hari Isnin ni. Tu baru mintak nak dapat kat aku hari pe lak. Tapi kalau tak pergi takut menyesal. Yela, bukan senang nak dpt panggilan interview agensi kerajaan ni. Lagi-lagi bila umur dah nak cecah 30 ni. Percaturan Allah kita tak tahu.

Walaupun gred jawatan sama dengan jawatan aku sekarang, tapi tak salah mencuba kan? Kata nak ubah angin.

Adoii, peningla macam ni.

No comments: