Wednesday, February 13

Projek hari cuti

Note: Entri yang sangat outdated. Ni cerita masa cuti Thaipusam

Assalamualaikum..

Weekend lepas KL ngan Selangor kan cuti 3 hari (Sabtu, Ahad, Isnin). Marilah baca apa yang aku buat sepanjang hari cuti yang lepas...

Sabtu
Shawal ajak keluar, teman dia tukar tali raket. Sejak-sejak pindah rumah ni, rajin la dia main badminton ngan budak-budak opis dia. Layankan jela. Plan asal nak tukar tali raket je, sekali dah sampai kedai tah apa jin dah merasuk dia beli lagi sebatang raket. Dok pegang2 raket pastu sengih2 macam kambing nak mintak permission aku. Layankan. Pasni kalau dah tak main badminton, memang selamat aku gulaikan raket tu.

Lepas tu, pergi kedai jual barang-barang plastik. Nak cari pinggan makan. Pinggan-pinggan hadiah kawin dulu semua malu-malu je rupanya. Setakat nak letak lauk-lauk boleh lah, kalau nak letak nasi lauk lagi, tambah ngan tangan aku yang besar gedabak ni, memang tak muatnya. Sebelum ni dah survey kat Jusco, tapi mahal la. Sekeping harga sepuluh ringgit. Kalau dah 6 keping tak ke 60 ringgit. Mahal wohh.. Yang set pulak, semua pinggan nak leper macam nak makan western hari-hari gayanya. Kalau kat kedai-kedai tu ada la yang murah, tapi saiz tetap comelnya alahai macam nak suruh aku diet. Sekali kat sini jumpa pinggan kaca style kenduri-kenduri kat kampung. Sekeping dua ringgit. Pinggan lebar, bertengkuk. Walaupun ada yang tak berapa nak bulat, belasah jela. Baru puas nak makan nasi berkuah. Beli 6 biji. Nanti ada bajet beli lagi. Hujung-hujung ni suka nak mengumpul pinggan mangkuk walau bajet tak berapa nak ada. (Tengok, guna penjodoh bilangan pun dah tak betul, kejap keping kejap biji).

Kita ke pit-stop seterusnya. Singgah Econsave, beli barang-barang rumah sikit. Cari lemon tak ada, hajat di hati nak buat cheese cake. Kesian kat cream cheese aku tergolek-golek dalam frigde. Bila tak jumpa lemon di Econsave, maka ke kedai kek la kita di Bukit Rahman Putra. Kat sini macam-macam ada. Sempat la beli tools nak main masak-masak katanya.

Balik rumah, gigih nak buat cheese cake, siap tampal resipi kat fridge, konon-konon taknak salah. Sekali kau salah sukat, huwaaaa..menangis berderai-derai di situ. Dahla nak melembutkan cream cheese tu bukan senang. Read: aku pukul manually ye, tak guna mixer pun. Dahla guna konsep kukus di situ. Berpeluh ketiak tapi hasil hampa. Maka ke tong sampah la cheese cake itu.

Kerana hampa, takde mood nak masak dinner (alasan je tu). Marilah kita makan diluar. Lepas makan lalu depan Speedmart, tengok ada orang jual DVD. Beli 3 dapat dua puluh ringgit. Balik rumah tengok DVD. Lepas tu tengok Bunheads kat Starworld. Pastu tido.

Ahad
Bangun pagi, pas Subuh kejut Shawal suruh beli sarapan. Bab masak sarapan aku memang malas. Beli sarapan dekat tepi tasik. Makan-makan, kemas rumah, layan anak-anak aku yang perangai macam monyet (kerjanya nak terjun balkoni je, taktau la pe masalah dia'ekor' nih). Tengah hari, siap-siap nak pi kenduri kawan poli kat Kota Damansara. Jumpa 2-3 orang ex-classmate, borak-borak jap. Naik atas jumpa pengantin, salam-salam pastu blah. Shawal ajak balik awal sebab takde geng nak borak (ex-classmate yang datang semua perempuan). Marilah ke UK (Ulu Klang), singgah AEON Setiawangsa. Beli barang-barang merepek, sembat rembat 2 cream cheese, konon nak balas dendam semalam cheese cake tak jadi. Singgah rumah PIL kejap, borak-borak. Lepas Asar gerak balik sebab tengok awan dah gelap. Takut hujan di pertengahan jalan.

Sampai je kat rumah, tak sempat tukar baju terus pi dapur nak repeat buat cheese cake semalam. Sampai lekatkan resipi dekat fridge takut salah sukat lagi. And finally I made it, yeayyy..Kembang kempis hidung sendiri tengok cheese cake tu gebu je. Hoho.. Bila Shawal makan je, sibuk la tanya sedap ke tak..Nak sedapkan hati bini, jawablah sedap kan..Kalau tak haruslah I muncung kat situ..hikhikhik..

Isnin
Bangun pagi, beli sarapan macam biasa. Kemas-kemas rumah, golek-golek tengok tv sampai tertido depan tv. Bangun-bangun je Shawal cakap nak beli cat, nak cat pintu katanya. Pintu asal rumah tu kalernya dark chocolate,bagi aku dah ok. Standard la kaler pintu macam tu kan. Pakcik tu taknak. Katanya boring sama kaler ngan orang lain. Dari sebelum masuk rumah lagi dia dah berangan, asalnya nak tukar pintu tapi bajet tiada di situ kita tukar kalernya saja la ye. Maka pergilah beliau membeli cat warna hitam matte. Bila dah siap   cat, nak tukar tombol pulak. Memang nak tukar pun lepas renovation hari tu, tapi tak terbeli-beli tombolnya. Selit tips sikit : Seelok-eloknya tukar tombol lain selepas kerja renovation sebagai langkah-langkah keselamatan. Manalah tau workers yang buat kerja tu buat duplicate ke kunci kita ke pe ke. Sebab pernah dengar kes pecah rumah, yang buat kejenya pekerja2 kontrak yang renovate rumah kita jugak. Lepas zohor, bergeraklah kami laki bini ke Super Ceramic, Kota Damansara. Note: Super Ceramic ni kalau nak beli tiles agak berbaloi sebab diorang banyak pilihan. Dari harga yang paling murah sampailah yang paling mahal. Saiz pun macam-macam ada. Yang penting duitnya saja.Haha. sambung cerita balik. Bila dah sampai biasalah kan, dari nak beli satu barang jadi dua barang. Bila dah jumpa tombol yang di cari, pakcik tu ajak tengok-tengok cat. Dia ni kalau shopping kalah perempuan. Lepas tu asyiklah ulang nak cat feature wall tak, bosan lah dinding kosong je kaler sama. Baiklah, belilah cat Colourland, nak beli Nipon Momento macam mahal sangat. Kalau tak jadi buat kang buruk je rupa. Kitorang beli dua warna, lime green dengan white lime. Lepas asar, mulakan projek. Paling mencabar masa nak tampal masking tape nak buat border. Bila nak sampaikan ke siling tu, cramp jugakla pinggang ni. Dipendekkan cerita, sebenarnya dah malas nak type, hihi pukul sebelas malam baru setel mengecat. Padahal dindingnya tak besar mana pun. Demikianlah cerita cuti saya yang dah basi (orang dah cerita pasal cuti CNY dah). Kalau saya rajin nanti-nanti saya masukkan gambar. Ni kes pemalas nak transfer gambar ke PC. Lepas tu kalau saya terlebih rajin saya cerita pulak pasal cuti CNY ye.

No comments: