Thursday, May 10

kaki oh kaki....

Lepas ni kena letak jauh2 high heel dari senarai...*sobs*..walaupun hari tu ternampak sepasang plain nude heels yg sgt meggugat nafsu..

Tumit ni sebenarnya dah lama sakit..even pkai pump shoe pun kalau berjalan or berdiri lama2 mula terasa macam nak terkeluar tulang.

Last week pi buat check-up. Doktor just bg ubat tahan sakit dengan relax otot je.

Tapi sakit tak hilang2, maybe sebab travelling condition yang kena berdiri 2 jam sehari (naik tren kan)..

Itupun tadi dh tgh hari pi klinik, sebab pagi tadi memang tak bole berdiri langsung. Sampai klinik je, doc tgk last week report, trus ckp kena jab.

Yang agak ngeri, kena tunggu dia siapkan jab tu. Dalam hati dh pikir, serius sangat ke..

Yela, aku selalu la jugak kena jab kalau kena migrain..tapi on the spot je kena.. Tunggu falam 5 minit kat luar, doc panggil masuk..

Masa dah baring, dengar doc mintak nurse sediakan bandage. Apakah...kata nak jab je, nape nak bandage pulak ni..

Dahla masa baring tu doc siap lukis2 kat kaki aku ni..siap mark spot..lagi la bertambah cuak kan.. Dahla sampai 2 orang doc yang prepare tu..dengar diorang borak2..sekali terdengar dia ckp drill..alahai..lemah semangat..siap membayangkan lepas kena injection dia korek2 kat tempat sakit tu..

Dan patutla kena sampai 2 orang yg buat.memang sakit kot..kat kaki pulak tu, lebih tepat kat bawah buku lali..so,doc yg sorang lg tu kena pegang kaki aku untuk elak doc yg bg injection tu kena tendang..hehehe..bukan sengaja,tp mmg tindak balas semula jadi..dahla jarum kecik sikit je dari jarum yang guna untuk derma darah.

Tu baru kena jab, kalau operation mmg aku mintak bius satu kaki bagi tak rasa pape..

Next week kena wat further check-up utk tgk progress kaki ni. Dan telah disuruh untuk beli Scholl yang berharga RM200+++(yg kusyen tebal gila utk keselesaan kaki).....*nangis*....


Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

i.am.belle said...

ngeri ah. get well soon!

Scholl mahal tp mmg supercomfy :D