Monday, March 21

sore throat..

Ni bukan sakit tekak yang bila ehemm...ehemm dah terus lega, ni sakit tekak yang nak telan air kosong pun sakit.

Memang dari minggu lepas tidur tak betul, sebab sibuk nak siapkan assignment (biasalah, student cemerlang haruslah mensiapkan assignment di saat-saat akhir..panggg!). minggu lepas, time tido memang paling awal pun pukul tiga pagi. Tergugat jugak bila tgk Shawal dok sedap kroohhh..kroohhh atas katil. Tapi berjaya menkuatkan semangat..yola tuh.

Lepas tu, masuk exam hari jumaat dh rasa panas-panas badan. Tekak pun dah perit-perit, cepat-cepat beli panadol. Tak jadi nak demam, tapi batuk pulak. Batuk pulak mcm nak tertanggal anak tekak ni..Perit woo..

Aku rasa ni mesti punca dari batuk yang melampau-lampau, maka tekak tu dah luka. Jadi, maknanya aku kena ke klinik ptg ni. Ke ada sape2 yang mempunyai petua untuk menghilangkan sakit tekak?

p/s: Sekarang ni pun tgh bermasalah nak betulkan balik time tido. Semalam sampai pukul 2 dok terkebil-kebil. Eleh, macamlah dok oversea nak kena adjust2 timing ni kan?

No comments: