Monday, December 6

genting gateway

Sabtu, 04 Disember 2010.

Akhirnya, dapat jugak aku pi Genting Theme Park setelah sekian lama mengidam. Tu pun setelah puas paksa Shawal. Lagipun company aku bagi free ticket untuk semua park pada staf-stafnya (all park). Jadi sesiapa yang tak pergi tu sangatla rugi sebab harga ticket untuk all park aku tengok dalam website diorang adalah RM50++.

Kitorang gerak dari rumah dalam pukul 7. 7.30 dah sampai kat skyway (kabel car). Oklah, sebab ramai yang cakap kalau nak naik Genting elok pagi-pagi orang tak ramai lagi.


Masa nak naik

rotation gilos, dengki la tu

dah sampai

Mula-mula naik kabel car memang gayat la. Tapi takdela sampai hilang pedoman (ececeh). Kiranya gayat aku ni tak tahap kritikal lagi la. Boleh plak masa dalam kabel car tu, dia stop kat tengah2. Yang tu memang dah cuak-cuak. Agak-agak korang boleh steady ke kalau tiba-tiba tergantung kat tengah-tengah tu. Angin boleh tahan gak kuatnya time tu. So,terasa la goyang-goyang kat dalam gondola tu.

Kitorang sampai kat puncak dalam pukul 8.30. Rides pun banyak tak bukak lagi. Nak makan huh, tak sanggup nak buang duit sebab tersangatlah mahal. Nasi goreng dalam bekas plastik yang biasanya harga RM3 pun jadi RM5. So,jalan-jalan pusing-pusing dulu. Lagipun hujan, maka outdoor nye rides confirm la tak bukak lagi.

kenapa mesti posing macam ni
bila gemuk bergambar
habis penuh satu frame hahaha
venice gondola
penat tau nak dengar lagu dia
yang aku dengar 'oso oso' memanjang
another rides
Dah puas naik rides kat indoor, kitorang gerak pi ke outdoor. Masa lalu kat tempat org tukar wristband, humang aii, bersusun manusia. Mujurlah dah tukar awal-awal tiket. Kat luar kabus punyalah tebal, dalam jarak seratus meter dah tak nampak pape. Tiba-tiba feeling kat oversea, cakap kuar asap dari mulut.



tempat wajib posing

nak jugak


lagi sekali


First rides kitorang "Pirate Train". Nampak macam scary-scary. Rupa-rupanya tipah teripu. takde apa pun kat dalam tu.



Lepas tu,naik "Spinner". Shawal tak naik sebab dia pentakut. Lagipun kerusinya sangatlah sempit. Aku duduk pun sampai terkeluar-keluar lemak. Masa "spinner" tu start pusing-pusing, budak lelaki kat sebelah aku dah jerit-jerit. Bagi aku ok lah, takde lah rase thrill sangat. Rasa macam naik buai laju-laju je. Tapi, masa turun dari spinner memang aku rasa pusing2 sikit, jalan pun macam tak betul.


buai laju-laju, sampai atas bumbung


Second rides, "Space Shot". Pun aku try sorang-sorang. Yang ni memang thrill. Masa dia menjunam ke bawah, memang rasa macam bontot dah tertinggal. Sampai aku tak mampu nak jerit. Hihihi. Selalunya kalau kita turun dengan laju dalam kadar 45 degrees, still rasa geli-geli kat perut. Ni dengan halaju 60km, 90 degrees lak memang ngeri. Tapi aku respek sorang makcik India ni, naik macam takde perasaan. Double respek kat mak dia, umur dah macam 70an steady meady je kat atas tu.


aku dengan budak cina tu macam takde
perasaan, sebabnya kitorang kena bukak
spek mata

bontot dah hilang


Lepas tu naik Pirate Ship. Yang ni que dia punyalah panjang. Sampai aku boleh duduk-duduk dulu la. Kali ni aku paksa Shawal naik sekali. Hahaha..kejam kan? Mula-mula konon cuba buat cool, sekali benda tu dah menjunam terjerit-jerit kat atas tu.


Sebelum tu kitorang pi Dinosaurland, jalan-jalan naik bot. Konon-konon berada di zaman Dinosaur la. Ada la dia wat macam teater tentang kewujudan dinosaur. Yang ni biasa-biasa je sebab dia masuk dalam kategori family rides.

'D ' dah hilang



Ingat nak try go kart kat situ, tapi memandangkan orang beratur sampai terkeluar-keluar dari line, terus batalkan niat. Nak naik 'corkskrew' pun ramai, lagipun brader yang jaga tu cakap diorang nak wat security check. Nak try signature baru Genting, "Flying Coaster" kena halau. Bodoh punya tukang jaga tu, konon aku pakai spek takleh naik. Padahal sebelum tu ada je mamat cina naik pakai spek. Nak suruh aku bayar lebih la tu, sewa locker dhla RM2. Terus aku refund balik tiket kat kaunter. Mujur dapat,kalau tak aku amuk.Hahaha

dapat amik gambar pintu masuk je

Sudahnya naik 'Rolling Thunder Mine Train'. Ni sume anak beranak roller coaster. Pun Shawal kena paksa naik sekali. Bwahahaha. Yang ni memang rase nak tercampak badan, aku rasa kalau rempit naik pun mesti dia bertobat tak nak jadi rempit dah. Shawal lagi kelakar, orang lain dok jerit 'warghhhhh' segala dia boleh jerit 'Ya Allahhhh...Ya Allahhhh..' Macam pakcik-pakcik.

Final rides kitorang adalah Europe Express. Pun adik beradik roller coaster. Tapi yang kat dalam indoor. Nampak macam cool je, sekali kau dah naik baru tau. Memang lah takde menjunam macam roller coaster yang kat area outdoor. Tapi masa dia bantai corner, memang rasa nak tercabut la kepala. Macam tengok dalam TV, kalau pemandu F1 tu kepala kiri ke kanan masa layan corner, macam tu lah bila naik benda ni.

sape-sape nak rasa bawak kereta F1 mcm mana,
bolehla try menda alah ni
Kitorang balik dalam pukul 3.00. Tapi aku kempunan sebab tak dapat masuk snow world. Sebabnya berat kitorang terlebih. Tapi bila tengok dalam map takde pulak. Sangat ciss di situ. Dan ada beberapa rides yang tak dapat naik sebab kekangan berat badan. Tu lah, sape suruh gemuk lagi.


masa nak balik, kabus tebal
Bila dah turun, tiba-tiba Shawal pulak yang teruja tanya kat aku bila nak naik lagi. Hah, baru tau. Dulu kemain tak nak. Tips dari aku, kalau nak naik rides yang boleh buat kecut perut, janganlah sumbat macam jenis makanan. Kang tak pasal-pasal mandi muntah. Dan pastikan korang ada map sebagai guide, sebab kalau takde map tu jenuh jugak nak mencari satu-satu rides kat situ. Tapi kalau korang dah terer, dah penah datang ke sini tak payahla kan.

yours truly
Insyaallah, lepas ni nak pi lagi. Nak bercuti jauh-jauh tak mampu, ni jela yang paling dekat.

3 comments:

SueGinola said...

Syok sangat ni!!
Kena coba nanti..hhehheheheh...

aliaaroslan said...

gemuk takpe, janji sihat. dulu aku lagi besar dari kau tapi lepas pulak masuk snow world tu. agaknya ramai sangat orang kot dalam tu. kalau ramai2, tak best pulak nak main snow kan.. cuti sekolah almaklumlah..

Huda Ramlee said...

kaksu,
tu la.ajak jual mahal hehe..

alia,
tahu takpe. sana sini org beratur panjang.