Thursday, December 2

bila mata terpercik kuah ...

Tersangatlah pedih. Kalau takat kuah sup sayur ke ok lah lagi, ni kuah lontong beserta sambal tumis yang telah diadun sebati. Bayangkan lah macam mana rasanya.

Ni cerita pagi tadi, masa tengah breakfast bersama office mate. Tengah sedap-sedap feeling makan lontong, tah macam mana kuah dalam sudu terjatuh balik dalam mangkuk lalu menghasilkan momentum yang tinggi dan menghasilkan percikan yang berhalaju 60 km/j (iyo-iyo je) lantas terus menuju masuk ke arah mata kiri aku.

Dengan sekelip mata, deria rasa terus menghantar signal ke neuron ku lalu wujudlah rasa pedih yang teramat sangat. Bukan setakat berair mata, ni memang dah meleleh-leleh air mata macam tengok filem Hindustan. Mesti orang ingat aku makan lontong yang sangat sedap sampai menitiskan air mata.

Terkebil-kebil jugaklah dalam 2-3 minit. Memang tak boleh nak celik langsung masa kena tu. Lepas dah ok, Kak Su cakap mata aku merah macam orang sakit mata. Balik opis aku terus titiskan eye-mo. Mujur bawak, sebab memang dari hari Sabtu mata kiri aku ni tak selesa, siap ada kesan darah lagi dalam mata. So, eye-mo tu memang simpan dalam handbag.

Dan sampai sekarang rasa lagi denyut-denyut lagi. Dan aku pelik macam mana boleh kena, padahal aku ni pakai spek mata. Pandai pulak kuah tu nak belok-belok kan? Tapi tu lah, kalau dah nak kena tu, kena jugak memang tak boleh nak elak dah.

3 comments:

aliaaroslan said...

sama jugak konsep kalau potong bawang pakai spec, still terasa pedihnya.

Tijah said...

aku syak kuah tu pakai gps. tu yg masuk tepat. harharharunnn....

Huda Ramlee said...

alia,
sbb tu aku benci potong bawak byk2.

tijah,
patutlah terer semacam kuah tu membelok hihihihi...