Sunday, August 29

tak best

lately, macam malas nak update blog. bukan takde cerita tapi malas nak menulis, sebabnya banyak benda nak kena pikir. dengan projek koku yang nak bajet ribu-riban tapi hakikat dalam slip 1 credit hour sahaja. tu la, nak buat dinner sangat, meraban la nak cari sponsor. lepas tu nak perli-perli jadi sleeping partner. suka hati koranglah, janji aku buat kerja aku.

lepas tu, ngam-ngam seminggu raya terus ada mid sem exam. gilo ke hapo, memang confirm aku takde mood nak raya. lagipun raya tahun ni mmg dah sama macam tahun sudah-sudah. silap-silap ada sesi berderai air mata pada malam raya nanti.

dengan berebut kereta nak balik kampung lagi, series aku rasa mulut kau macam celaka. kau tunggu la bila turn kau kahwin nanti (boleh mencarut sesuka hati sebab aku cuti huhu). dan kau tunggu bila bapak kau pulak dah takde, kita tengok macam mana. boleh tak kau jadi anak yang kesah pasal mak kau. sedangkan sekarang bagi lima puluh ringgit sebulan pun dah kecoh macam kau bagi lima ratus.

ok stop pasal tu. kang tiga hari tiga malam tak habis cerita. planning nak buat semperit, pun tak jalan-jalan lagi. barang2 semua dah beli tapi ada ler tersadai kat tepi dapur nun.

study untuk mid sem tak gerak-gerak. assigment tak usik-usik. sudahnya, aku sendiri yang kusut. bila la nak dapat petunjuk jadi rajin ni.tsk..tsk...

-__-"

No comments: