Tuesday, July 20

mabuk.

kepala masih terasa berpinar-pinar lagi. ni malam tadi punya pasal la.
malam tadi pergi mencelebrate annivesary kitorang yang kedua. takde la celebrate iye-iye pun. sekadar pergi makan-makan je. mula-mula ingat nak pergi makan kat gasoline cafe kat look out point @bukit langat. tapi bila dok review macam was-was pulak makanan dia, walaupun diorang cakap halal. so,browse-browse kat internet sudahnya kitorang decide nak try Korean steambot. nama kedai tu Liki-liki(pernah masuk dalam Jalan-Jalan Cari Makan), terletak di Plantinum Walk, Danau Kota (apsal aku tulis macam dalam majalah makan-makan ni). Kalau tengok dari jalan besar memang takkan nampak kedai ni. kena masuk pusing bangunan ni baru jumpa. sebab Platinum Walk adalah dua blok bangunan depan belakang. jadi, kalau dari jalan besar memang takkan perasan.

Kitorang sampai kedai kosong, takde orang. ingatkan dah nak tutup, rupanya kitorang yang sampai awal sangat. menjelang pukul 9 mlm baru la orang start ramai, lagipun pergi hari bekerja, tengah-tengah bulan pulak, so paham-paham je la ek.(lagi-lagi bab tengah-tengah bulan tuh.hehe..)

Liki-liki ni steambot dia lain sikit. Kalau tempat lain biasanya akan guna dapur gas, tapi kat sini diorang guna arang. tapi jangan expect korang akan dapat makan ketam kat sini, memang takkan jumpa. just ada sotong, udang, ayam, daging yang marinate, perut, sotong ball, dan segala ball yang ada. makan kat sini secara buffet. semalam adala diorang sediakan nasi goreng dengan mi hape tah. aku tak tau nama. tapi sedap jugak nasi goreng dia. tak macam sesetengah tempat janji ada rupa. jom layan gambar dulu.













:: muka teruja si baju coklat dengan perut selambak hahaha ::

:: test-test::









:: daging marinate yang dibakar (sedap hingga menjilat jari)::



:: mulut tengah membebel suruh shawal makan - sibuk amik gambar je ::

:: nasi goreng sedap ::

:: aku yang dah kemabukan ::

:: apsal muka aku teruja semacam::


:: gembira kekenyangan ::

bagi aku, makan kat sini sangat puas hati. sebabnya, hanya perlu bayar RM19.90 sahaja. dan konsep makan, makan lah sampai muntah. sekiranya tidak habis anda tidak akan dikenakan sebarang cas tambahan. macam sesetengah tempat kalau amik tapi tak makan diorang akan timbang balik. harga minuman kat sini pun biasa-biasa je. takdela secawan kau minum sampai lima nam tujuh ringgit. kalau rasa teringin makan stimbot tapi bajet tidak mencukupi, datang lah ke sini. (ayat majalah lagi)..

akhir kata, sambutlah salam sayang dari saya.


4 comments:

SueGinola said...

Nyum..nyum..nyum...
Kena jilat tapak tangan nih..hihihihik..
Paling suke gambar kedua akhir tu..huhuhuhu

Huda Ramlee said...

kak sue,
haruslah gembira kerna telah berjaya makan dengan banyaknye..

.ieLah. said...

gila ko..
aku tengoh pon dah pening..
bapak banyak bahan2..
huhu

btw, happy 2nd anni :)

Huda Ramlee said...

ielah,
thanks..ko pun happy 1st in advance..