Monday, July 19

dah dua tahun dah.

(entri kali ni penuh ayat-ayat jiwang. sila jangan muntah di sini)

dah dua tahun rupanya aku jadi bini orang. sangat sekejap rasanya.

let's begin how i knew him. aku kenal shawal masa masuk poli (2005). first time saw him, terasa sangat menyampah sebab mamat ni perasan hensem. dahla gemuk, tapi masih nak perasan hensem. aku ingat lagi masa kat dewan kuliah (minggu orientasi), barisan seat paling depan sekali kosong. lecturer bleh plak buat lawak, "sape duduk depan ni, dia hensem!" dan sekelip mata mamat ni (laki aku le) turun duduk dekat seat yang kosong. aku tengok, pergh takbley bla tul. gemuk pun still nak perasan hensem. (mentang-mentangla aku kurus masa tuh).

bila da start kelas, aku still tak perasan dia. padahal bukan ramai mana pun dalam satu kelas. dalam 40++ je. dan aku mula kenal manusia nama shawal ni lepas seminggu start kelas. itupun masa lantikan ajk kelas. ada sorang  budak ni main petik je nama aku jadi assistant shawal untuk jaga keceriaan kelas (jadahnya, macam zaman sekolah pulak). dan secara tak langsung, aku kena berinteraksi dengan shawal. sungguh tak suka. sebab aku rasa dia ni poyo gila.mentang-mentang budak KL.

tapi betul la orang-orang tua cakap, jangan benci sangat nanti jadi sayang. sebenarnya, takde sayang terus. selepas start bercakap dengan dia, kenal dia sikit-sikit aku rasa dia ok. and he make me feel so comfortable when he's around. tapi perasaan sayang tu memang takde lagi, sebab masa tu aku dah tangkap cintan dengan someone yang aku kenal sebelum masuk poli. but still, aku dengan shawal makin rapat. aku banyak kongsi cerita aku dengan dia. kalau ikutkan aku bukanlah seorang yang senang nak berkongsi rahsia aku dengan orang lain. tapi dengan shawal ni aku rasa secure sangat.

dah dekat-dekat hujung sem satu, aku keluar berdua dengan dia. for the first time. sebelum ni kalau lepak pun dekat food court je, itupun makan ramai-ramai dengan classmate lain lepas kelas. tapi kami keluar atas dasar kawan. sebab dia cakap dia nak tackle salah sorang classmate kitorang. so, aku yang lurus bendul ni encourage la dia. sejak itu, tiap-tiap malam dok bergayut ngan aku. konon-konon mintak pendapat macam mana nak tackle hati seorang perempuan. so aku ni ala-ala doktor cinta bagila tips-tips. tapi aku tengok, takde pun hasil. classmate lain dah sibuk gosip aku ngan dia. babih ah! aku mati-mati deny, dah memang masa tu tak rasa pape kan,takkan nak admit tak tentu pasal. shawal pun takde bagi hint pape..hahaha..

masuk sem 2 kitorang makin rapat,boleh kata tiap-tiap ahad kitorang akan keluar lepak-lepak makan dekat area shah alam. pastu borak-borak, gelak-gelak buat lawak macam orang gila. aku pernah cakap kat dia "aku rasa selamat bila ngan ko, ko jadi abang aku jela".
"aku tanak jadi abang ko".
"apsal?".
"nanti aku takleh nak ngorat ko".
'babih, ko kan nak ngorat ......"
aku ingat dia cakap kosong, rupanya betul.
29 Sept 2005, masa tu baru abis cuti sem. cam biasalah aku mesti jumpa dia. kat depan post guard, dia kuarkan satu kotak kecik. aku bukak, ada rantai ngan loket kaler ruby. masa tu dah keras macam batu dah. dalam kepala puas dok fikir macam nak reject mamat ni. sebabnya aku baru je declare dengan budak kuantan tu 2 jam yang lepas.tapi yang terkeluar dari mulut aku,"kau terlambat"..aku pun tak tahu kenapa la mulut aku dok jawab lagu. dan yang bongok nye, masa situasi tu berlaku shawal pasang lagu 'Kenapa'. cam bangang je de background music lak.dan sampai sekarang aku menyampah dengar lagu.

walaupun aku reject dia secara terus terang, tapi shawal still ok dengan aku. maknanya dia boleh terima direject la. dan aku still kawan ngan dia macam biasa.

nak masuk sem 3, aku dapat mesej dari dia. dia nak berhenti belajar. dan aku rasa masa tu macam kosong. secara tiba-tiba.rasa macam dah tak selamat dah lepas ni. dah takde kawan dah nak share my secret. aku tanya kenapa, dia cakap dah tak boleh teruskan. puas aku pujuk, dia nak quit gak. 3 hari aku pujuk, takmo gak. takpe la nak buat macam mana kan, takkan nak paksa-paksa. aku siap wish good luck bagai. sebab rasa memang takkan jumpa dia dah lepas ni. tetiba nak rasa sedih-sedih.

agaknya tuhan nak tunjuk,masa hari pendaftaran masa nak sign kehadiran tiba-tiba aku nampak nama dia on top of the list.rasa macam what the..cakap nak berhenti, apsal ada nama dia plak. masuk dalam dewan boleh pulak aku nampak dia melintas kat depan aku (takde la depan2, tapi masih boleh nampak la). dan terus aku berangin macam puting beliung ribut taufan tsunami belaka kalau boleh aku nak keluarkan time tu gak..tapi tak, aku buat cara proper, aku text classmate aku yang sememangnya aku tau diorang akan duduk serumah.
"weyh, kalo ko jumpa shawal ke ko cakap kat dia aku jumpa sorang budak sebijik macam dia kat poli ni".time-time tu gak aku msg budak tu. dan memang dia tak berhenti pun, (dia kena repeat, so kitorang dah tak sekelas la).terus aku jadi angin. terasa macam kena tipu hidup-hidup. terus nak tanya dengan diri sendiri kenapa dia buat aku macam ni? dan semester kali adalah semester aku isytihar perang dengan shawal. memang aku buat tak kenal dia langsung. memang rasa geram sangat-sangat.

kalau berselisih sebelah dia pun aku buat tak tahu je. tapi dalam hati tuhan je yang tahu. dup..dap.dup..macam nak meletup jantung ni weyh.even, dengan bf aku masa tu takde nak rasa berdebar-debar mana. macam nak tegur, tapi geram. dalam benci ada rasa rindu sangat-sangat. rindu nak borak-borak gelak-gelak ngan dia. tapi tak boleh, ego haruslah dipertahankan (siapa cakap perempuan takde ego). tapi tiap kali dia text pujuk aku, rasa macam whoaa..hati ku berbunga..tapi perang harus diteruskan. kang nampak sangat aku ni lembut hati.

pernah sekali dia keluar dengan budak kelas aku (apsal la tak cari budak kelas lain)..classmate dah kecoh-kecoh nak bakar aku. kurang asam betul. siap jadi informer tak bertauliah aku tuh..dan aku tak berkenan ngan budak pompuan tu sebab dia gedik lebih. asyik-asyik nak cerita pasal shawal.babih tul. even masa wat presentation boleh nak tersasul-sasul nama shawal, cam saja nak cari pasal.bangang tul. budak-budak lain lagi la seronok la bakar aku. (aku syak memang dia dari dulu syok kat shawal tapi tak dapat hahaha).

sepanjang tempoh perang dingin, adalah drama-drama hindustan yang berlaku.hahaha.masa kat depan english lab, aku n the geng dari food court. dia ntah dari mana datang ngan kawan-kawan dia. tiba-tiba dia makin rapat kat aku. senang kata dia block laluan aku dok tanya kenapa aku tak return call dia, tak reply message dia. kawan-kawan aku dah cabut tinggalkan aku (hampeh tul). masa tu kat depan foyer tu punyalah ramai umat manusia yang majoritinya budak kelas aku tengah tunggu pintu bilik lab tu bukak. pe lagi, diorang bersorak macam tengok drama hindustan. aku dah malu, gelabah sampai terpijak becak dekat depan foyer tu..kitorang berperang dingin sampailah hujung sem.

tapi akhirnya, aku keluar gak ngan dia.pada hari terakhir aku kat poli.memandangkan sem depan aku dah praktikal, so keluar jela. kang dibuatnya aku tak jumpa dia terus tak pasal-pasal menyesal. lagipun sebenarnya dah rindu sangat, tapi takkan nak bagitau kot..so secara rasminya kami berdamai.huhu..

masuk praktikal, bf aku buat hal. rupa-rupanya selama ni dia ada skandal dengan adik angkat dia.patutlah aku pernah baca mesej adik angkat dia siap tulis sayang-sayang rindu bagai. tapi bila aku tanya taknak mengaku. dan kawan sekolah aku, bukan seorang...pernah nampak dia keluar dengan adik angkat dia.dan still taknak mengaku.sampai gaduh-gaduh. dan dia nak break off. aku macam orang gila, sebab sayang sangat kat dia. dan pada shawal la aku mengadu.tiap-tiap malam menangis mengadu kat dia.(kalau dalam twilight, macam mana bella meroyan kena tinggal ngan edward macam tula aku masa tuh)..sampai aku masuk wad, si bf ni boleh buat tak tau (bangang padahal aku sakit sebab dia).

shawal yang tak pernah keluar dari KL sanggup turun Kuantan semata-mata nak tengok aku.sampai sesat. terharu wohh..rupa-rupanya dia masih mengharapkan aku balas perasaan dia.bertambah-tambah terharu. tapi baru lepas break, mesti trauma kan.takut terkena lagi. dan shawal tak berhenti pujuk aku. boleh kata tiap-tiap bulan dia akan turun kuantan. kadang-kadang 2 kali sebulan. sampai dia pun dah terer jalan kat kuantan ni.

disebabkan terharu dengan usaha dia, maka akhirnya aku cakap kat dia,"kau sanggup jaga aku sampai tua?".dan bercintalah kami selepas itu. tak lama, setahun lebih je. itupun sebab nak tunggu habis belajar. kalau tak mesti dah kawen terus huhuhu. namapun bercinta, mesti ada pasang surut.(nanti-nantila kot aku cerita)

habis belajar, dapat kerja dan tujuh bulan lepas tu, pada 19hb 2008 aku selamat bergelar isteri kepada Ahmad Shawal bin Razlan. alhamdulillah, dah masuk 2 tahun usia perkahwinan kitorang. Dan sampai sekarang dia tetap best friend aku, kekasih aku, suami aku dan sebahagian daripada hidup aku. dan aku berdoa agar rumahtangga ini akan bertambah seri suatu hari nanti.aminn..

p/s: siapa cakap kawen muda tak best?

3 comments:

SueGinola said...

Alalala...hepi anniversary...
Semoga kamu berdua kekal hingga ke akhir hayatt...aminnnnn

Tijah said...

fuyoooo. tetiba rasa cam nak nek pelamin balik kannn?

Huda Ramlee said...

kak sue,
tenkiu..tenkiu..kami pun sentiasa mendoakan kamu.


Tijah,
tahu xpe,kalo bleh tiap2 tahun aku nak bersanding huhu