Friday, June 18

.: bila harapan terlalu tinggi :.

kelmarin dpt result exam.alhamdulillah..it's more than i expected, tapi tidaklah kepada pelajar cemerlang..yang penting semua paper aku pass.tapi ada dua tiga org rakan kelas merungut kecewa sebab tak dapat apa yg diorang nak..dalam status facebook masing-masing semua menyatakan rasa kecewa.aku tahu masing-masing letak target nak dapat 4 flat.aku pun nak, tapi aku tak berani nak letak target sampai macam tu sebab aku tahu level aku sampai mana je.

pernah aku berborak dgn seorang kenalan masa lepas jawab paper bulan lepas. ada satu ayat yang aku rasa agak hebat bunyinya.."tak dapat 4 flat dapat 3.5 pun jadilah".terkedu jap aku kat situ. dalam hati bersangka baiklah, maybe kau memang pandai.aku nak dapat 3.00 pun dah macam terkial-kial.

tapi adatla kan, tak semua yang kita nak tu akan dapat. rata-rata yang letak target 3.5 semua tak dapat apa yang diorang nak. sudahnya, frust menonggeng. down tak tentu pasal. mungkin masa mula-mula daftar penasihat kursus  kitorang cakap senior-senior sebelum ni ramai yang skor, dapat dean list bersepah-sepah. jadi, secara tak sengaja mereka ingat  belajar part time ni tersangat mudah sampai letak harapan yang sangat tinggi.

aku, memang tak pandai nak target2 dalam exam ni. dari kecik aku belajar, apa yang aku tau janji lulus takde sangkut. sebab aku tahu aku bukanlah yang jenis boleh mengadap buku sampai dua jam, baca sekali dua terus masuk dalam otak. aku bukan manusia yang konsisten, perhatian aku sangat mudah teralih.

sebab tu aku lebih suka letak benchmark pada diri aku sendiri. dan aku tak jadikan orang lain sebagai benchmark aku, sebab aku tak boleh jadi macam orang itu. biarlah orang nak kata takde motivasi la, tak berani nak bersaing la. tapi, hanya aku yang kenal diri aku. aku buat apa yang aku mampu. banyak ke sikit yang aku dapat, aku bersyukur. lebih aku usaha, lebih la aku dapat.kurang aku usaha kurangla aku dapat. bab-bab ni memang aku boleh jadi manusia yang redha, penyabar dan bersyukur (hmm, kalau lah boleh apply sikap ni dalam situasi yang berbeza kan bagus). dan aku rasa petua aku ni menjadi pada diri aku. aku tak rasa sakit hati bila orang lain dapat lagi baik dari aku, sebab itu memang rezeki dia. takde rasa nak down gila-gila. lepas tu terbawak-bawak. sudahnya tak boleh ke mana.

sebab dulu lepas SPM aku penah down gila-gila sebab tak dapat masuk U. rasa sakit hati bila org lain dapat aku tak dapat. sedangkan result aku dengan yang lain-lain lebih kurang sama je. sebab tu bila masuk poli aku amalkan cara ni. buat yang mana aku mampu dan tak paksa diri aku.kerana aku hanya insan biasa bukannya Adi Putra yang punya otak genius dan aku tak minum susu essential 'beruang kutub tak makan penguin' masa baby.

p/s: sangat tidak suka bila lepas exam nak semak2 jawapan. sudahnya bila jawapan salah maka kepala jadi semak.lepas tu down lagi.
p/p/s: tak salah nak letak target pada sesuatu perkara, tapi ikut kemampuan sendiri bukan pada kemampuan orang lain.

2 comments:

.ieLah. said...

rezeki orang laen2 beb..takpe..
at least u have what u have today..
aku, ape pon tadek lagi..

Huda Ramlee said...

ielah,
macam ko cakap, masing2 ade rezeki sendiri.
cuma cpt atau lambat je..

p/s:ko ade yayang ko pe..