Saturday, February 27

.: kalau cakap mak bapak tak ajar, marah pulak. tapi memang kurang ajar pun :.

Kejadian berlaku di kawasan Sri Rampai, Setapak. Aku dan suami dalam perjalanan menuju ke rumah seorang sahabat yang melangsungkan pertunangan hari ini. Kitorang lalu kat satu kawasan ni, tapak pasar malam. peniaga kat situ baru nak setting-setting tempat pasang khemah semua. So, jalan agak sempit dan sesak la.

Kat depan kitorang de sebijik motor. Budak yang bawak, gaya macam budak-budak baru habis sekolah jer. Dahla dengan tak pakai helmetnya, bonceng tiga orang. Tu lesen belum tentu ada. Bawak macam haram, sekejap ke tepi pastu ke tengah. Dahla jalan sempit, nak elak budak tu lagi. En.suami pun hon la, bukan marah ke pe tapi sekadar nak bagi tahu budak tu yang dia dah makin ke tengah. Kang kalau terlanggar, kitorang gak yang kena.

Diorang bagi jalan. Tapi tak jauh dari diorang, aku pandang side mirror. Si budak yang jadi pilot motor tu  dengan perasaan perasan bagus tunjuk 'middle finger'. Wah, samseng betul ko ekk? Tapi apsal tak tunjuk tinggi-tinggi? Baru pailang. Ni setakat nak tunjuk pun segan-segan tak payah la. Nampak je budak tu buat macam tu, en.suami saje buat2 macam nak berhenti..tau pulak takut.. Ingat jantan sangat. tu lah budak-budak sekarang, cakap kurang ajar, mak bapak mula nak hangin..tapi memang kurang ajar pun..

Kalau tau, dari awal langgar je tiga ekor mangkuk tu kasi mati..

2 comments:

i.am.belle said...

ahaha patut pegi piat jari dia tu kasi patah. biar menangis tak cukup jari.

geram kan bila budak kurang ajar dgn kita. huh

Huda Ramlee said...

kurang ajar..kurang sopan..tak sedar diri tu hingusan..