Saturday, December 19

.: merepek :.

kisahnya bermula apabila saya terjumpa jehan miskin yang tengah makan durian di tepi jalan. kami berbual-bual seolah dah lama kenal (dlm mimpi tu saya ni memang kawan baik dia hahaha...).dia mempelawa saya menikmati durian tu bersama-sama dia. kami pun makan la durian tu sambil berborak-borak. hingga pada satu topik perbualan dia mengatakan di telah lam menyimpan perasaan terhadap saya (sila gelak berguling-guling). saya terpaku, tak tahu apa nak jawab...(sebab dalam mimpi tu masih boleh berfikir dengan rasional yang saya ni dah kahwin)..

maka saya pun mintak untuk beredar. dalam pada masa yang sama seorang kawan telah menelefon saya (kawan saya ini ialah Zeenat Aman kalau tak silap). Dia mengadu dia telah didera suaminya dan ingin lari dari rumahnya. Maka dia meminta bantuan saya. Saya sebagai seorang sahabat yang prihatin segera pergi membantunya untuk keluar dari cengkaman suaminya.

Aksi bermula apabila dalam perjalanan pulang ke rumah ibu bapa Zeenat, suami Zeenat telah mendapat tahu yang Zeenat telah melarikan diri. Maka beliau telah menyuruh orang upahannya untuk menangkap kami (namapun cerita Hindustan).

Bermulalah adegan kejar mengejar dengan kereta. Kami dikejar sehingga ke satu satu kawasan yang belum pernah saya sampai. Saya bertanya kepada Zeenat, "kita kat mana ni?"..dia menjawab "Jimah Lama" (????) - Kak Tijah sila eksplen mane tempat nih. Saya terus memandu di kawasan itu tanpa arah tujuan. Nampaknya kami dah sesat. Di sekeliling kami hanyalah ada pokok-pokok kayu ala-ala dalam Twilight. Saya terus memandu sehingga malam.

Kerana kepenatan saya memberhentikan kereta di tepi jalan. Orang suruhan suami Zeenat tidak kelihatan. Mungkin mereka telah kehilangan jejak kami. Tiba-tiba kami terdengar bunyi mengeruh di sebalik semak samun di tepi jalan. Mula-mula bunyi tersebut perlahan tapi makin lama makin kuat. Kelihatan pokok-pokok renek di situ bergoyang-goyang seperti ada sesuatu yang melanggarnya.

Tiba-tiba di celah-celah semak kelihatan sepasang mata merah menyala sedang memerhatikan kami. Kami ketakutan. Kami segera lari masuk ke dalam kereta dan mengunci pintu kereta. Saya memejamkan mata dan berdoa benda itu akan pergi.

beberapa minit kemudian, saya kembali membuka mata. Saya sudah berada di dalam sebuah bilik. Di mana saya?? Bunyi itu masih kedengaran di sebelah kiri saya. Adakah makhluk bermata merah itu telah berjaya menangkap saya. Saya menoleh ke kiri, dalam samar-samar cahaya kelihatan sesusuk tubuh besar tengah berbaring. Adakah itu mahkluk mata merah tadi. Saya cuba untuk mengintainya. Hmmm...macam kenal..saya perhati lama-lama..

Bunyi keruhan itu sebenarnya adalah nada dengkuran yang dikeluarkan oleh encik suami. Sangat hebat sebab boleh masuk dalam mimpi. Entri kali ni tak de bermaksud apa-apa cuma pelik kenapa Jimah Lama menjadi lokasi pilihan hehehe...



View Larger Map
~siap google nak cari map Jimah Lama ni~

Watak-watak dalam cerita saya


~ bang jehan @ partner makan durian ~


~ zeenat @ mangsa deraan suami psiko ~

dan watak paling penting
-
--
---
----
-----
------



~ suara latar untuk makhluk bermata merah (xle bg gambar up close nanti glemer sangat) ~



3 comments:

Tijah said...

giler tinggi imajinasi ko kan? err...jimah? pd la tu...tapi tak penah lak lalu...

Huda Ramlee said...
This comment has been removed by the author.
Huda Ramlee said...

kak tijah,
hehehe..aku kan ske berimaginasi liar sket