Thursday, September 10

.: sukanya kamu :.

rumah saya bersebelahan dengan sekolah rendah, (hari ini bercuti kerana mengalami cirit-birit yang teruk)..
hari ini budak-budak UPSR selesai berperang dengan kertas soalan masing-masing..

apa lagi...MERDEKAAAAA!!!! dapatlah dengar jeritan kegembiraan diorang. macam lepas ni tak payah pi sekolah dah...

adik-adik, cerita korang panjang lagi..pasni PMR, SPM, STPM, tu belum exam kat U lagi..haih, pening!!!

terkenang zaman muda-mudi dulu, walaupun dah habis jawab kertas UPSR still kena pergi sekolah. so, macam-macam aktiviti buat, main getah, main teng-teng la, SAIDINA la, SAHIBBA la. cikgu pun tak kesah.. janji datang sekolah, cukupkan kedatangan tahunan, dalam beg bukan ada buku, mainan yang banyak..

tapi, tetap kena jawab peperiksaan akhir tahun...mencik!!!!

1 comment:

ymn said...

biarkan mereka bergembira ..