Tuesday, August 25

.: bila dah masuk hari keempat :.

hai, semua! kali ini kita bersiaran dari...hehe, merapu di petang bulan puasa...
actually, hari ni saya pulang awal atau erti kata lain kerja separuh hari je kerana ada hal peribadi yang perlu diselesaikan...okeh, enough about that..jadi , tengah hari tadi encik suami ambil saya di pejabat kerana beliau bercuti (jadi, sebagai suami yang penyayang wajiblah beliau ambil kan? takkan nak biar saya berpanas menapak ke stesen putra)..

kami pun pergilah ke Pasaraya Hero (takde la pasaraya manapun, lebih kurang cam mini market je kot), dengan niat untuk men 'shopping' barang keperluan dapur. Setelah puas tawaf satu 'pasaraya' tuh maka berjalan lah saya menuju ke arah kaunter. Sementara menunggu pakcik depan buat bayaran, mata ni dok melilau pandang kiri kanan..tiba-tiba, jengjengjeng...












"TORA DATANG LAGI!"..terus ter'flash back' suara Mat Sentul (VO untuk iklan benda alah ni) tiap-tiap minggu mempromosi barang ni. Masa zaman muda mudi dulu, inilah adalah barang-wajib-beli-kalau-tidak-muncung-ai-akan-panjang-sedepa setiap hari Selasa di Pekan Sari bersebelahan dengan kedai mara di Bukit Kuantan (kampung saya lah tu).. Rasa-rasanya kalau pergi pekan sari ni tak dapat lain pun tak apalah, dapat antara satu daripada benda ni pun rasa macam dah heaven sangat..kalau bajet lebih saya beli 'TORA', kalau bajet biasa-biasa je belilah 'DINGDANG' yang kecik sikit dari 'TORA' tuh. tiap-tiap minggu diorang akan keluarkan satu mainan baru, jadi bila dah tengok iklankan keinginan tu wajiblah ada kan. padahal bukan best mana pun mainan dia, tapi yerla masa kecik mana tau berfikir secara logik..tapi disebabkan nama-nama mainan tu agak wallaaa..seperti 'kipas terbang berlampu' dan sebagainya maka keinginan nak memiliki tu makin tinggi hehehe..

jadi, tadi terbeli la benda alah ni untuk budak kecik kat rumah tu, nampaknya dia pun taksub dengan mainan yang ada di dalamnya (termasuk lah saya) huhuhu....

p/s: tak lama lepas keluar lagi satu produk nama 'JOJO"..yang ni lagi besar dan mahal.

No comments: