Friday, April 11

Cantik luaran belum tentu elok dalaman

Assalamualaikum.

Kat tempat kerja ada macam-macam jenis orang. Ada yang kerja berlambak-lambak tapi tak kecoh tak apa tau-tau dah siap pun keje tu. Ada pulak yang keje tak seberapa tapi kecohnya dari tingkat atas sampai tingkat bawah macam kau tu banyak keje sangat. Tapi disebalik tabir semua kau main pass baton kat orang lain. Tapi kredit kau yang amik.

Manusia jenis no.2 memang aku tak berkenan. Tak kesahlah pangkat kau besar mana pun (gred B je pun tapi lagak mengalahkan pegawai kanan). Kalau dah tau diri tu tak mampu buat, serahkan kat orang lain tak perlu nak susah-susah cakap depan bos kau boleh buat tapi hakikatnya bos pusing belakang kau menggelupur cari orang lain suruh siapkan keje kau. Kalau guna perkataan tolong, bolehlah nak ada timbang rasa lagi. Ini tak, bagi arahan lepas tu jual nama bos. Amboi besar sangat ke kau punya pangkat tu nak arah-arah orang lain. Kesianlah bos aku nama kena jual dek orang-orang kanan kepercayaan dia. Tapi aku punya konsep senang je, kalau bos tanya kenapa you beli/ buat ni senang je aku jawab "si polan ni cakap bos setuju sekian...sekian...". Kau jual nama orang kan, aku jual balik nama kau. Bukan aku je kena, office boy kat sini pun selalu kena. Suka-suka hati nak suruh dia siapkan kau punya documentation dari A sampai Z padahal terang-terang tu memang tugas kau.

Dan aku memang cukup pantang kalau dah take over keje aku buat separuh jalan lepas tu nak suruh aku siapkan sisa keje tu. Mintak maaf. Sila lah buat keje tu sampai siap. Jangan depan bos je kau nak sembang itu ini. Phuiii....Lagi-lagi kalau bab duit, kau yang pandai-pandai buat decision kan, sila lah tanggung akibatnya.

Kalau tgk luaran memang tak akan sangka perangainya boleh buat orang lain sakit jiwa. Ayat lembut manis je bunyi. Pijak semut pun tak matilah.  Mungkin dah terbiasa sebab kerani sebelum ni tak banyak soal, bila disuruh buat buat je. Tapi dengan aku, memang aku banyak tanya sebab bila mengadap audit aku sorang-sorang je nak kena jawab semua. Yang buat taik orang lain, yang nak kena cuci orang lain.

Aku kerja tak harapkan pujian ke APC dari majikan. Cuma jangan kacau keje aku, sebab sekali kau kacau memang aku hand over kat kau sampai habis. Lepas tu jgn bising kau banyak outstation tak sempat nak siapkan keje pejabat. Eh..eh dah kau yang nak kan.. Masing-masing ada keje sendiri, buat jela keje sendiri. Jangan nak tunjuk lebih-lebih.

Konsep keje kat sini memang takde berkira.  Budak-budak lain pun kalau lepas office hour jarang nak claim OT. Mana boleh tolong, tolonglah. Tapi kalau dah macam ni situasi mana orang lain tak berkira. Kau bukan tahap minta tolong dah, ini dah kira tahap membuli. Kalau setakat kerja kerajaan sama-sama makan gaji tak payah la tunjuk perangai buruk sangat. Tak kemana pun. Lagi-lagi kelayakan kau memang kat situ je. Paling tinggi pun dapatlah naik kanan. Cukup tempoh gaji dah langgar dinding. Cukup servis kau pencen. Masa tu baru kau tau orang peduli ke tak dengan kau lagi.

Biar orang nampak kau buruk, sekurang-kurangnya dari luaran orang lain dah tau kau memang buruk. Dari hidup bermuka-muka, perangai macam ular lagi bahaya.

Hidup ini ada pasang surut. Time tengah senang takpelah. Bila dah terduduk baru tau langit tinggi ke rendah.

No comments: